KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 17 APRIL 2007 Disempurnakan oleh Y. Bhg. Ir Ashah Bt. Abdul Rahman Dengan rasa bangga dan gembira, saya dan 39 kawan kelas saya yang lain telah berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang bermula pada Jun 2003 dan tamat pengajian pada Mei 2006 . Selama 3 tahun pengajian di sini, pelbagai aktiviti, kerenah, pengalaman, suka dan duka dilalui bersama tidak kira sama ada di rumah sewa, kelas, bengkel, sukan dan lain2. Akhirnya, setelah pelbagai onak dan duri dilalui bersama, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am) berada di dalam genggaman. Terima kasih diucapkan kepada semua terutama sekali En. Alias B. Othman (PA kelas kami), ibu bapa, kawan2, ahli2 JPP JKM, dan mereka yang saya kenal sepanjang berada di PSA. Sememangnya kenangan yang tercipta merupakan kenangan terindah yang tak dapat dilupakan Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Good Luck to all my friends in whatever you are doing...
Too Big To Hide...Too Small to See..