Since last night amoh takda aktiviti yang nak buat, I'm just hag out depan TV dan tgk laaa aper2 citer yang menarik. So malam tadi, tukar channel tu, tukar channel niey, tup tap terbuka laaa Saluran Astro Ria Channel 104. Tertarik dengan tajuk Konsert Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan sememangnya sesuatu yang menarik untuk ditonton. Paling menarik perhatian amph pasal konsert niey is masa MONODRAMA. Konsep lebih kurang pantomime cuma dier ader dialog. Antara yang amph kenal dalam monodrama niey is Umie Aida yang pegang watak ibu sambil memegang patung bayi. Sebab amph kata menarik is ader sedikit menyentuh hati dan perasaan amph. Sedih dan pilu mengenangkan nasib rakyat palestin. Sememangnya monodrama ini berjaya membuatkan beberapa hati dan mata merasa kepdihan dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin masa kini. Amph mmg bagi 5 bintang untuk pementasan berkenaan. tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
NSTP serah RM5 juta untuk bantu Gaza
Oleh Anwar Hussin
bhnews@bharian.com.my
![]() SERI PADUKA bersama Najib, Rais dan Shafie menyaksikan Jawhar menyerahkan replika cek Tabung NSTP untuk Gaza kepada Rosmah pada Majlis Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. |
KUALA LUMPUR: Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel, berjaya mengumpul sumbangan RM10.7 juta, sejak ia dilancarkan 15 Januari lalu.
Penyumbang terbesar dana berkenaan ialah The New Straits Times Press (M) Bhd sebanyak RM5 juta yang disampaikan Pengerusinya, Tan Sri Jawhar Hassan kepada penaung dana berkenaan, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi.
Ketika berucap pada majlis itu, Rosmah berkata, semua kutipan daripada syarikat korporat, swasta dan individu itu akan disalurkan kepada Wisma Putra untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.
"Kita berharap hasil usaha rayuan dana ini akan dapat diagihkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga badan sukarela yang terbabit dalam usaha membantu mangsa meringankan beban akibat peperangan," katanya pada Majlis Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan di Istana Budaya di sini.
Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Turut hadir Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh.
Comments
Post a Comment