Post entri kali niey ditujukan khas buat kedua-dua pakcik & makcik saudara amph. Dah lama nak wat entri dan disebabkan kekurangan masa, asyik terlupa sajer...
Condolence #1
Tanggal 26th November 2010, pakcik saya, Allahyarham Rosni Yahya, telah selamat kembali ke rahmatullah dengan tenang pada hari Jumaat. Pemergian beliau memberikan 1001 kenangan yang pernah amph dan dia miliki. even tak banyak, tapi ia tetap indah. Walau dia tinggal di Perlis, kami tetap mempunyai hubungan yang rapat kerana isteri arwah, Pn. Aishah Arshad, adalah kakak kepada my mom, Pn. Fawziah Arshad. Ketika meninggal arwah berumur 60 tahun. Amph yang hanya sempat mengenali arwah selama 25 tahun hanya mampu melihat pemergian arwah ke rahmatullah dari jauh kerana di waktu pemergian arwah, amph dan keluarga baru sahaja pulang dari sana setelah melawat arwah ketika sakit tenat. Arwah juga merupakan seorang arkitek yang disegani di Perlis. Arwah mempunyai 5 orang anak. Takziah buat keluarga arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. InsyaAllah.
L-R: Mirda, Allahyarham Rosni a.k.a Pak Uteh, Pn. Aishah & Syikin |
Condolence #2
Sungguh tak disangka, kepulangan keluarga amph ke kampung pada hujung minggu lepas dan pertemuan yang sejenak bersama arwah makcik amph yang tinggal di Muar, Johor, berakhir dengan berita sedih. Allahyarhamah Rokiah Bt. Mohd Dom, adalah kakak sulung kepada ayah amph, En Muzaffar B. Mohd Dom telah selamat kembali ke rahmatullah pada 19th December 2010, Ahad. Ketika meninggal arwah berumur 73 tahun. Arwah merupakan seorang suri rumah yang sangat baik hati. Arwah mempunyai sebuah keluarga yang besar dengan bilangan anak seramai 13 orang dengan bersuamikan En. Mad dan mempunyai beberapa belas cucu dan cicit. Pemergian arwah yang mengejut betul2 memberikan impak yang mendalam kepada ayah amph kerana kakak sulung yang paling disayanginya telah pergi selama2nya. Buat masa sekarang, ayah amph hanya mempunya seorang adik iaitu makcik amph, Pn. Mahani Bt. Mohd Dom. Takziah buat keluarga arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. InsyaAllah.
L-R: Ayahanda, En.Muzaffar, Pn. Mahani & Allahyarhamah Rokiah a.k.a Mak Ngah Pon |
Nota |A.P| - walaupun mereka telah pergi, namun segala kenangan bersama mmg takkan dilupakan.
Nota |A.P2| -Credit to Syikin Rosni, weyh, aku terpaksa amik gambar hang time wedding...puas aku cari gambar arwah..niey jerk aku jumpa yang terbaik.....thanks na...

Takziah... Al-Fatihah...
ReplyDeletethanks hawa!!
ReplyDelete