Skip to main content

Picisan Puisi Usman Awang


Melayu Johor  
Oleh: Usman Awang


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Nota |A.P| Kpd semua Melayu...jangan laa berpecah belah sampai negara tergadai...Kalo korang hayati betol2 puisi nieyh...anda akan tau kat mana kedudulan kita sekarang...kan?

Nota |A.P2| Kredit to Surayya sebab post puisi nieyh kat Skype...thanks weyh!!

XoXo, |A.m.P.h|

Comments

Popular posts from this blog

Puzzle...

Puzzle…(trademark amph kat UiTM…sampai ader yang folo..miahahhaahah…)…perkataan puzzle sering kali terkeluar dari mulut amph jika ader perkara yang menjengkelkan dan pekara yang boleh wat bukan saja amph tapi orang sekitar pon tertanya2 kenapa dan mengapa ader orang yang boleh melakukan sedemikian rupa… 1 st perkara g pelik bulan niey...baca paper tak abis2 pasal maya karin gadoh dgn laki...haiyoo...masalah laki bini takder orang citer kat publish…dah cerai tuh cerai jerk laaa…ssh betol orang newspaper nak letak citer pasal ko..front page plak tuh…haaiiissshhh…tau laa femes…tapi takkan laaaa samapi kes macam niey pon nak berlanjutan…PUZZLE jap.. 2 nd perkara pelik bulan niey…orang suka betol nak dera anak2...paling latest kena dera Adik Syafia Humairah Sahari (sampai meninggal budak kecik niey..) sebab kena belasah dengan pakwe mak dier…ntah2 mak dier pon bersekongkol dengan pakwe dier tuk belash budak malang niey..pelik betol…orang yang susah atau takder anak berusaha keras nak da...

Off Campus Study - UiTM, Shah Alam

Sedar tak sedar dah sebulan dah amph menjadi part time student. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak melanjutkan pelajaran untuk amik Degree!!! For the meant time, amph really love to study. Memang agak penat sikit sebab lepas keja kena rush plak g klas kat Shah Alam dari KL. Tapi takpe, semua ni amph anggap sebagai cabaran. Insyaallah kalau takder apa2 yang menghalang, amph akan menamatkan pengajian pada tahun 2011. Dan dalam masa yang sama jugak amph telah mempunyai pengalaman kerja selama 5 tahun yang amph rasa cukup untuk amph menambah ilmu dan pengalaman bagi mencari kerja yang lebih sesuai dengan kelayakan yang ada. Apa2 yang mendatang selama amph buat part time study ini, amph harap amph akan dapat tempuh dgn penuh tabah dan yakin. Berkat usaha diri sendiri dan doa daripada keluarga dan kawan2 amph yang ada di sekeliling akan menjadi semangat kepada amph. Korang doakan laa kejayaan amph dan harap kita akan dapat kongsi bersama.

Anugerah Industri Muzik 16

Anugerah Industri Muzik 16 Tarikh: 2 May 2009 Masa: 8.30 pm Artis Baru Terbaik – Artis 1. Hujan 2. Joe Flizzow 3. Malique 4. Meet Uncle Hussain 5. Suki From Left: Suki, Malique & Joe Flizzow Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album ( Lelaki ) – Artis 1. Aizat – Lagu Kita 2. Bob AF2 – Cinta Terhalang 3. Reshmonu – Doa Untuk Dia 4. Reshmonu – Sayu 5. Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll ( English ) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis 1. Ayu – Hanya Di Mercu 2. Dina – Sejauh Ini 3. Shila – Memori Tercipta 4. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita 5. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album – Artis 1. Ajai & Marsha – Sayang 2. All One – Bilal bin Rabah 3. Pop Shuvit – Marabahaya (International Version) 4. Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati 5. Raihan – Assubhu Bada Kulit Album Terbaik – Pereka 1. Florence Lee – Hawa – Nikki 2. Nadia Jasmin – President – Joe Flizzow 3. Nicholas Chong – Tr...