Skip to main content

Camping @ Bagan Lalang


Plan patut camping nieyh on Ahad..tapi apakan daya, tapi keluarga menghadapi dugaan sehari sebelum sepatutnya kami ke sana…Al-Fatihah untuk Allahyarham Pak Long…

Since mmg dah plan nak g sini for about 2 weeks ago kot…dan ader a few things dah masak on that night…nak tak nak kena laa jugak pergi ke camping nieyh kan…so bertolak dari umah jam 7:30 pagi lagi…ada 4 buah kereta…aku (persona), kak long (exora), rizal (persona) & wafi (alza)…memasing penuh dekat boot kereta dengan barang memasing…dengan kipas…khemah…dapur…tikar…generator….memacam laie laaa…




Semua setuju untuk kumpul kat Uniten…then baru bertolak ke Bagan Lalang…1st stop ke Masjid…si ketot, Aqeef mau mandi daaa…mak dier tak mandikan pagi sebelum bertolak..haruuu…tapi takpew…aqeef mandi 5 mins jerk…sbb mak dier tak tahan sejuk…boleh??hahaha..then push off ke pantai…



Sampai2..wallah…ramai siot orang…however, we are lucky enough sebab most of the people yg ada pagi tuh dah nak balik…ada yang dah stay more than 3 days!!dan spot camping depan pantai tuh mmg cantik…awesome laa kirenyer…


Setup khemah…semua kena tolong…kalo tak tolong tak leh makan malam..kih3…macam biasa…khemah kak long bawak sampai 4…rizal bawak 1…so ader 5 khemah…since aku dgn nisa br kawen, kami depat khemah kecik sket..no hall la…nak tido semalam jerk…then setup bbq plak…tgh2 makan n kemas barang kat khemah…mama kol “mama & ayah on the way”…happy…tapi wafie kena bagi instructions la an dari Gombak sampai sepang sebab Atok Atan mmg tak tahu jalan…at last dorang sampai gaks..haru jerk…



Then petang sket baru start main layang2…lama siot tak main layang2…pinjam danish py layang2 ben 10…kah3…seronok laa…seronok meghitamkan badan…suhu kat situ mau cecah 40 degree kot…then mandi laut laaa an…seronok dengan anak2 buah nieyh…semua dah pandai berenang kot…even mak uteh dier pun tak reti berenang..hahahaha…





Scenery kat bagan lalang memang ohsem..ohsem sangat…nak plak time time senja2…mantap…ada laa a few pictures aku boleh upload dalam nieyh…




Then, aktiviti malam…of kos laa bbq..chef bbq, bro hanimi!!...mmg mantap kalo pekena bbq abg mi…pasti hendak laie…since lauk pauk yang dorang bawak pon masih banyak kan…mana  tak banyak…spaghetti…amacaronni…sambal ikan….sayur laie…mmg tak habis laa kan kalo nak makan semua…. Nak tak nak…bedal jerk malam tuh…before maghrib tuh..abg mi pasang generator…so ader laa hidayah sket kat khemah kami tuh kan…kipas pon ader…so dia takder laa nak kata camping pon…sbb ader kipas…hahaha..



Lepas bbq, mama & ayah nak balik…tak selesa kot nak tido khemah…rizal kena tunjuk jalan balik….kire dah tambah satu arah dah plak dah…tapi takpe…since pinggang ayah pon mmg tak tahan kan nak duduk lelama…


Malam macam biasa..aktiviti main kad…aku terus terang cakap..memang tak reti main..sampai kena ajar..haha…since dah kepenatan lepas makan…si rizal & asyraf carik ketam kat laut…dorang ajak…tapi aku malas…mengantok siot…




Owh yaaa…lupa plak nak mention…bilik air kat situ…air sgt slow…siap kena catu…aku tak tau laa sebab aper…tapi mmg kena catu…nak masuk plak 60 sen mandi…dan paling angin bila baca harga “CUCI KAKI 30SEN!!!” kepala otak dorang laaa…ingat aper…dah laa air slow…bayar mahal…komplen kang kat MPS!!

Malam tuh jugak..nak masuk pukul 10 kot..ader orang bukak tempat karok...karok tepi pantai...dekat plak tuh dengan khemah kami...bising ya amat...tapi aku rasa bising laie generator abg mi bawak tuh...korang memekak laa...aku nak tido jerk...apa ada hal an..

Sok pagi bermalasan nak bangun dari khemah...then nak mandi laut, malas...so aku pon mandi jerk laa kat toilet yg ada...nasib baik pagi tuh, air laju..kalo tak memang kena maki jerk laaa dgn aku laie...


Whatever it is...mmg ohsem berjalan kali ni..

Nota |A.P| masih terasa laie bayu laut dan bayu darat...cewah!!


Comments

  1. “CUCI KAKI 30SEN!!!” <<<--- gelak aku dgn ayat ko ni..haha sabau je la ea..

    bestnye la dpt camping..hope one day dpt bwk safiya g camping..haha

    eh surau pun dekat ke kat situ or solat kat dlm khemah je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sara..bayar 30sen...panas jerk biler baca...

      best weyh...buat2 laa g cuti plaks...mesti safiya suka giler kot nnt..dia takut mandi laut tak?

      surau ader...tapi kami silat dalam khemah sudah...surau bersih..

      Delete
    2. safiya biasanya mula2 je takut lepas tu suka je..

      Delete
    3. iyer??waaa bestnyer....budak2 mmg macam tuh...sama laa anak2 buah amph pon...

      aku pon terasa macam nak tukar nama blog laaaa

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Puzzle...

Puzzle…(trademark amph kat UiTM…sampai ader yang folo..miahahhaahah…)…perkataan puzzle sering kali terkeluar dari mulut amph jika ader perkara yang menjengkelkan dan pekara yang boleh wat bukan saja amph tapi orang sekitar pon tertanya2 kenapa dan mengapa ader orang yang boleh melakukan sedemikian rupa… 1 st perkara g pelik bulan niey...baca paper tak abis2 pasal maya karin gadoh dgn laki...haiyoo...masalah laki bini takder orang citer kat publish…dah cerai tuh cerai jerk laaa…ssh betol orang newspaper nak letak citer pasal ko..front page plak tuh…haaiiissshhh…tau laa femes…tapi takkan laaaa samapi kes macam niey pon nak berlanjutan…PUZZLE jap.. 2 nd perkara pelik bulan niey…orang suka betol nak dera anak2...paling latest kena dera Adik Syafia Humairah Sahari (sampai meninggal budak kecik niey..) sebab kena belasah dengan pakwe mak dier…ntah2 mak dier pon bersekongkol dengan pakwe dier tuk belash budak malang niey..pelik betol…orang yang susah atau takder anak berusaha keras nak da...

Off Campus Study - UiTM, Shah Alam

Sedar tak sedar dah sebulan dah amph menjadi part time student. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak melanjutkan pelajaran untuk amik Degree!!! For the meant time, amph really love to study. Memang agak penat sikit sebab lepas keja kena rush plak g klas kat Shah Alam dari KL. Tapi takpe, semua ni amph anggap sebagai cabaran. Insyaallah kalau takder apa2 yang menghalang, amph akan menamatkan pengajian pada tahun 2011. Dan dalam masa yang sama jugak amph telah mempunyai pengalaman kerja selama 5 tahun yang amph rasa cukup untuk amph menambah ilmu dan pengalaman bagi mencari kerja yang lebih sesuai dengan kelayakan yang ada. Apa2 yang mendatang selama amph buat part time study ini, amph harap amph akan dapat tempuh dgn penuh tabah dan yakin. Berkat usaha diri sendiri dan doa daripada keluarga dan kawan2 amph yang ada di sekeliling akan menjadi semangat kepada amph. Korang doakan laa kejayaan amph dan harap kita akan dapat kongsi bersama.

Anugerah Industri Muzik 16

Anugerah Industri Muzik 16 Tarikh: 2 May 2009 Masa: 8.30 pm Artis Baru Terbaik – Artis 1. Hujan 2. Joe Flizzow 3. Malique 4. Meet Uncle Hussain 5. Suki From Left: Suki, Malique & Joe Flizzow Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album ( Lelaki ) – Artis 1. Aizat – Lagu Kita 2. Bob AF2 – Cinta Terhalang 3. Reshmonu – Doa Untuk Dia 4. Reshmonu – Sayu 5. Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll ( English ) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis 1. Ayu – Hanya Di Mercu 2. Dina – Sejauh Ini 3. Shila – Memori Tercipta 4. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita 5. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album – Artis 1. Ajai & Marsha – Sayang 2. All One – Bilal bin Rabah 3. Pop Shuvit – Marabahaya (International Version) 4. Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati 5. Raihan – Assubhu Bada Kulit Album Terbaik – Pereka 1. Florence Lee – Hawa – Nikki 2. Nadia Jasmin – President – Joe Flizzow 3. Nicholas Chong – Tr...